MidOne dan Kpii kini rasmi bersama Team SMG

Team SMG sebelum ini sudah menubuhkan pasukan Dota 2 yang dianggotai oleh pemain-pemain tempatan. Pemain baharu seperti Neah666 dan veteran, Mushi dan Ahfu menyertai pasukan itu tak lama dulu.

Selepas MidOne tidak lagi bersama OG, ramai yang tertanya-tanya ke mana hala tuju pemain kelahiran Malaysia berbakat ini.  

Justeru, dalam satu posting awal petang tadi, MidOne dan kpii kini menyertai secara rasmi selepas beberapa lama dalam fasa percubaan.

Dengan pengumuman itu juga, Team SMG kini layak lower division untuk DPC musim kedua.

 

RELATED NEWS

+