Masih ada Todak dalam MPL, mara ke peringkat seterusnya

Pasukan Todak masih mengekalkan kedudukan mereka dalam MPL MY musim ketujuh selepas menewaskan Geek Fam sebentar tadi dengan skor 2-0.

Moon yang main begitu baik di kawasan Lord pada minit akhir berjaya menyekat usaha Geek Fam mendapatkan Lord.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Dalam pertembungan itu, Xorn dibunuh Lord dan Maima pula terpaksa akur dengan kematian di tangan Moon. Seterusnya, Moon berjaya mencuri Lord dan langkah ini berjaya memberikan kemenangan kepada Geek Fam.

Dengan kemenangan ini, bekas juara musim keenam tersebut mampu meneruskan perjalanan mereka di lower bracket sementara menghantar Geek Fam pulang.

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas akan dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

RELATED NEWS

+