Marvel’s Avengers versi PS5 dan Xbox Series akan tiba pada 18 Mac 2021 bersama DLC Hawkeye

Square Enix telah mengumumkan tarikh pelancaran permainan Marvel’s Avengers versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series. Ia akan dilancarkan pada 18 Mac tahun ini bersama kandungan tambahan (DLC) Operation: Hawkeye – Future Imperfect.

Pemilik Marvel’s Avengers di PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One boleh naik taraf ke versi PS5 dan Xbox Series secara percuma. Versi baharu ini membolehkan permainan pada resolusi 4K (PS5 dan Xbox Series X) dan 1440p (Xbox Series S) pada kadar bingkai yang lebih tinggi.

Selain daripada penambahbaikkan kualiti grafik, waktu muatan juga telah dipendekkan dengan menggunakan SSD konsol-konsol generasi kini. Permainan ini menyokong mod multi-pemain rentas generasi. Oleh itu, pemilik versi PS5 dan Xbox Series tetap boleh bermain bersama pemilik versi PS4 dan Xbox One.

DLC Operation: Hawkeye – Future Imperfect memperkenalkan adiwira yang semestinya dikenali peminat Marvel iaitu Hawkeye atau nama sebenarnya Clint Barton. Jalan cerita utama DLC ini juga akan memperkenalkan Maestro yang merupakan Hulk versi masa depan.

Sumber: Square Enix

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+