Lima streamer Among Us yang anda patut follow di Twitch

Among Us memang tak dinafikan game paling seronok dimainkan ketika ini. Ia bukan saja time killer tapi juga boleh dimainkan dengan rakan sekerja di pejabat ataupun, main bersama kawan-kawan yang lepak di restoran mamak.

Populariti permainan ini juga menarik perhatian Streamers mencubanya. Mereka cuba sebaik mungkin untuk memberikan pengalaman menarik ketika bermain Among Us.

Ini adalah lima streamers yang anda boleh ikuti untuk kandungan menarik Among Us:

 

Ninja

Ninja sememangnya popular dan tak dinafikan lagi. Sejak kembalinya ke Twitch selepas Mixer ditutup, Ninja perlahan-lahan menempa nama kembali sebagai streamer paling popular di Twitch.

Ketika bermain Among Us, beliau mempunyai semangat untuk menang setiap permainan tak kira apa pun yang terjadi. Biarpun fokus, Ninja mempunyai gameplay tersendiri untuk menghiburkan penonton.

 

SHROUD

Penghibur penstriman langsung ini mempunyai kemahiran yang hebat dalam menentukan sasaran dalam permainan penembakan taktikal. Sama seperti Ninja, beliau mempunyai cara yang tertentu untuk bermain Among Us. Walaupun permainan ini agak mudah, Shroud ada kemahiran taktikal untuk menipu sebagai Impostor.

Beliau akan bermain permainan ini dengan mencipta senario yang akan berat sebelah kepadanya dan akan menipu orang lain jadi mereka tidak mengesyakinya.

 

TIMTHETATMAN

Tim adalah salah seorang penghibur penstriman langsung yang terkenal. Walaupun beliau strim beberapa permainan, Among Us tidaklah terkecuali. Beliau adalah penghibur yang versatail dan suka membuatkan penontonnya selalu terhibur.

Disebabkan dirinya yang kelakar, setiap penonton tak kering gusi melihat telatahnya bermain Among Us. Apabila karakternya mati, dituduh tak melulu atau tak berjaya sebagai Imposter, pastinya ia membuatkan penonton ketawa.

 

 

XQC

Bekas pemain profesional Overwatch yang menjadi streamer, xQc mempunyai kebolehan sebagai penghibur juga. Seperti Ninja, beliau memang mahu menang permainan itu dan akan cuba bermacam cara.

Tak kisah kalah atau menang, beliau akan membuatkan penonton tak kebosanan. xQc membuatkan pengalaman bermain Among Us lebih seronok untuk peminatnya.

 

DISGUISED TOAST

Tak dinafikan lagi, Disguised Toast bukan saja kelakar tapi memang mahir dalam permainan ini sehingga digelar salah seorang pemain terbaik.

Di Facebook Gaming, beliau berjaya menarik jutaan orang untuk menyaksikan sesi permainan Among Us dan berkolaborasi bersama streamer popular lain seperti PewDiePie dan Ninja.

Disguised Toast menyinar kerana gaya permainannya dan menggunakan kedua-dua audio serta video untuk berinteraksi bersama peminat. Beliau juga mempunyai kemahiran sebagai imposter dan akan membuatkan ramai yang tidak mencurigainya. Jika anda ingin ketawa dan terhibur, selalulah menonton strim Disguised Toast!

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

 

RELATED NEWS

+