Lenovo Legion Slim 7i akan tiba di Malaysia pada awal tahun ini

Lenovo telah mengumumkan bahawa komputer riba Lenovo Legion Slim 7i akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Seperti produk-produk lain dalam jenama Legion, komputer riba ini direka untuk peminat permainan video dan juga pencipta kandungan.

Tarikh pelancaran Lenovo Legion Slim 7i di Malaysia tidak dinyatakan secara tepat. Lenovo hanya menyatakan ia akan tiba di Malaysia pada awal tahun ini. Ia boleh dipra-tempah sekarang melalui laman web rasmi Lenovo Malaysia.

Jelas sekali komputer riba ini direka berdasarkan Lenovo Legion 7i. Perbezaan utama antara Lenovo Legion 7i dan Lenovo Legion Slim 7i ialah saiz dan dimensi yang lebih kecil. Saiz yang kecil ini juga bermaksud ia tidak memuatkan kad grafik besar seperti RTX 2080 Super yang boleh dipasang dalam Lenovo Legion 7i.

Spesifikasi tertinggi Lenovo Legion Slim 7i adalah:

  • CPU – 10th Gen Intel® Core™ i9-10980HK
  • OS – Windows 10 Pro
  • GPU – NVIDIA® GeForce RTX™ 2060 with Max-Q Design
  • Paparan – 15.6″ 4K 60Hz
  • RAM – 32GB 3200MHz DDR4
  • Bateri – mampu bertahan hingga 8 jam
  • Storan – 2TB M.2 NVMe PCIe SSD (RAID 0)
  • Kamera – 720p

Harga Lenovo Legion 7i bermula pada RM7,599.

Pada pendapat penulis, ini adalah satu komputer riba yang bagus untuk mereka yang perlu membawa komputer riba ke pelbagai tempat. Walaubagaimanapun, paparan 4K tidak sesuai dengan kad grafik RTX 2060. Kad tersebut tidak mampu menampung kebanyakan permainan baharu pada resolusi tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+