Leaks: membantu atau memudaratkan permainan video?

Permainan video yang bocor atau ‘leaks’ sudah lama dalam industri permainan video. Leaks adalah sesuatu yang kita sudah biasa dengar tidak kira pengeluaran barangan baru dalam permainan video, tajuk permainan video baharu, atau apa-apa maklumat yang tidak mahu disebarkan oleh pengeluar permainan video itu.

Leaks setakat ini boleh dibahagikan kepada tiga jenis. Leaks strategik, Leaks tanpa disengajakan, dan juga leaks yang merosakkan.

1. Leaks strategik

Leaks strategik adalah hasil leak dari pengeluar atau pembina permainan video itu sendiri. Samada mereka mengeluarkan leak di forum seperti Reddit mahupun di media sosial mereka sendiri.

Perkara seperti ini adalah menyeronokkan dan akan meningkatkan sifat ingin tahu peminat. Hal seperti ini selalunya membantu dalam mengekang masalah spoilers. Sebagai contoh, Rockstar Games, pencipta Red Dead Redemption 2 dan Grand Theft Auto. Rockstar games yang tidak pernah gagal mengeluarkan leaks peta untuk semua peminat atas tujuan menarik minat lagi.

Baru-baru ini jugak hal seperti ini terjadi kepada miHoYo apabila mereka bocorkan tiga karakter baru yang akan keluar di Genshin Impact iaitu Ayaka, Yoimiya dan Sayu. Ini adalah pertama kali Genshin Impact mendapat leaks yang lebih awal. Keputusan miHoYo ini sangat mengejutkan orang ramai kerana mereka sebelum ini pernah mengeluarkan saman kepada leakers yang telah menunjukkan beberapa permainan Genshin Impact pada fasa beta dahulu.

2. Leaks tanpa disengajakan

Leaks seperti ini adalah tidak disengajakan terkeluar oleh pembangun permainan video. Ia sedikit sebanyak membantu pengeluar mahupun pembangun permainan video. Tanpa merosakkan apa-apa reputasi, sebaliknya leaks seperti ini hadir dari beberapa peminat yang penuh dengan semangat atau peminat yang boleh dikatakan kipas susah mati.

Mereka ini akan buat apa sahaja untuk mendapatkan maklumat baru tentang permainan video kesukaan mereka yang masih belum keluar. Sebagai contoh maklumat mengenai God of War 4 yang dulu digelar God of War Ascension. Leaks ini terjadi apabila Amazon tersalah letak maklumat pra-tempah untuk God Of War dengan rekaan kotak, bersama video dan jugak beberapa maklumat mengenai God of War. Apa yg lebih memalukan kejadian ini jadi sehari lebih awal dari pengumuman Sony.

3. Leaks yang merosakkan

Leaks seperti ini adalah jarang terjadi sebenarnya untuk banyak jenis permainan video. Tetapi, leaks seperti ini selalunya adalah untuk mendedahkan pengeluar permainan video terutamanya untuk kes-kes membayar untuk mendapatkan reviu positif untuk satu permainan video.

Kes yang pernah terjadi dahulu apabila Warner Bros. dan Microsoft membayar beberapa orang untuk hanya membuat reviu yang elok sahaja untuk Shadow of Mordor. Namun Microsoft pula sebaliknya menuduh Machinima yang menambah klausa perjanjian tersebut.

Baik atau buruk?

Not sure if good or bad - Futurama Fry - quickmeme

Jika ini adalah era permainan video yang internet masih belum maju, leaks ini boleh dilihat sebagai sesuatu yang baik untuk membina naratif dari sudut PR. Tetapi dengan kemajuan internet sekarang leaks boleh menjadi sesuatu yang merugikan.

Sebagai orang yang marah apabila menerima spoilers dalam sesuatu filem dan guna dari anime kegemaran, ada yang tidak sukakan leaks akibat ia mengurangkan keseronokan untuk mengetahui benda yang baru.

Bagi sesetengah orang nyata keseronokan itu akan berkurang dan jika terlalu banyak bocoran, makin lama orang itu akan menjauhkan diri dari bermain permainan video yang terlalu banyak maklumat awal.

Ada orang pula suka akan leaks sebab ia membawa kepada sifat lebih ingin tahu dan berasa maklumat baru ini nyata akan membawa lebih keseronokan untuk sesuatu permainan video.

Akhir kata, leaks ini adalah lebih kepada perspektif masing-masing. Perkara seperti ini akan lebih terjadi dengan cara pemasaran baru yang menggunakan ‘hype culture‘. Benda seperti ini mungkin akan lebih menguntungkan.

Malah mungkin juga akan merugikan. Industri permainan video sekarang lebih cenderung dengan mengikut ‘hype culture‘. Manakah pemasaran yang penuh dengan keseronokan dan pengumuman yang mengejutkan? Ingat jika ada kawan-kawan anda yang tidak sukakan leaks janganlah berkongsi dengan mereka. Remeh bagi anda namun tidak bagi mereka.

RELATED NEWS

+