League Of Legends: Wild Rift Diumumkan – LOL Versi Mobile, Akan Hadir Pada 2020!

Akhirnya, selepas penantian bertahun lamanya, Riot Games, pembangun League of Legends yang juga permainan bergenre Multiplayer Online Battle Arena (MOBA) kini mengumumkan versi permainan itu di peranti pintar dan konsol, dijangka lancar sepenuhnya pada 2020.

Pengumuman itu dibuat menjelang acara sambutan ulang tahun ke-10 League of Legends.

Ia dinamakan League of Legends: Wild Rift.

Dalam video di atas, Executive Producer Riot Games, Michael Chow menerangkan yang permainan mudah alih ini bukanlah port secara terus dari PC ke peranti pintar sebaliknya ia dibangunkan dengan begitu teliti bagi membolehkan game ini sesuai dan boleh dimain dengan lancar mengikut konsep peranti pintar yang lebih kecil.

Beliau juga berkata tidak semua hero akan dapat terus dimainkan seperti dalam PC tapi hero-hero tersebut akan dimasukkan secara berperingkat.

Dalam video tersebut juga, Wild Rift dilihat mengekalkan gaya permainan LOL PC dengan ciri yang hampir serupa namun masa permainan disingkatkan hanya kepada 15 hingga 20 minit. Selain itu, set kuasa dibahagikan kepada empat kuasa sama seperti di PC.

Pra daftar sekarang di sini untuk Android: LINK

Bagi iOS, pra-pendaftaran masih belum diumumkan.

RELATED NEWS

+