League Of Legends: Riot Bekerjasama Dengan Marvel Hasilkan Komik

Komik League of Legends dicipta Riot Games dan Marvel Entertainment adalah satu pendekatan baru dan berani.

Ia bukan saja menampilkan beberapa hero terkenal tapi juga komik ini akan meneroka dimensi dan kisah-kisah lain.

Sebagai contoh, komik pertama Riot Games dengan Marvel adalah Ashe: Warmother yang menceritakan seorang pemanah, Ashe. Paling menarik, skin yang dimiliki pahlawan-pahlawan ini muncul dalam dimensi lain yang bermaksud ia tak sama dengan lore permainan ini.

Menerusi skin inilah Riot Games dan Marvel mencipta dunia mereka tersendiri dan menyerapkan ke dalam komik untuk menunjukkan latar tempat dan karakter yang diminati pemain League of Legends.

Sebagai contoh, mesti menarik untuk saksikan sebahagian Runeterra dihidupkan dalam dimensi lain. Bagaimana Demacia kelihatan dalam bentuk High Noon?

Dimensi High Noon adalah salah satu dari banyak dunia yang dicipta Riot Games untuk skin heronya, dan setiap satunya mempunyai lore mendalam untuk diterokai. Setiap karakter dengan skin ini boleh mempunyai kisah tersendiri yang dikaitkan dengan Wild West. Contohnya, Bandito Fiddlesticks, Longhorn Alistar, High Noon Tresh dan Sandscourge Skarner.

Korang dah boleh baca previu komik kolaborasi Riot dan Marvel seperti di atas dan kisah penuhnya di SINI.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+