League Of Legends Paling Popular Di Twitch, Fortnite Kedua Dan PUBG Tiada Dalam Senarai Top 10

Nampaknya, League of Legends kekal sebagai permainan video paling popular di Twitch pada 1 Januari hingga 30 Jun baru-baru ini. 

Ia terus cemerlang dengan jumlah tontonan sebanyak 512.3 juta, menewaskan Fortnite yang berada di tangga kedua dengan 465 juta tontonan. Sementara itu, Apex Legends yang mencetuskan fenomena baru-baru ini berada di tangga keenam dengan 181.4 juta.

Apa yang kita terlepas tengok kali ini? Ya korang, PUBG sudah pun terkeluar daripada senarai 10 permainan video dengan tontonan tertinggi!

Berbanding tahun lepas iaitu zaman kegemilangan Battle Royale, Fortnite kekal di tangga pertama dengan 531 juta tontonan dan angka ini juga dapat disaksikan daripada peningkatan penonton dari stream Ninja yang begitu popular.

League of Legends mempunyai jumlah pemain yang sangat ramai dari pelbagai peringkat usia dan kejohanan dunia Worlds pastinya akan meningkatkan lagi angka ini menjelang hujung tahun nanti.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

Sumber: Esports Observer

RELATED NEWS

+