League of Legends Diharamkan Di Iran Dan Syria Kerana Sekatan Undang-Undang Amerika Syarikat

Iran dan Syria dihalang untuk bermain League of Legends berikutan ketegangan konflik memuncak antara dua negara ini

Hubungan antara negara Iran dan Amerika Syarikat memang diketahui dalam keadaan kritikal tetapi Presiden AS, Donald Trump telah meluluskan beberapa kebenaran yang mengeruhkan keadaan kedua-dua belah pihak negara beberapa hari lalu.

Ini merupakan pertama kali game popular diharamkan di atas konflik politik antara dua kerajaan. Turut serta, akses League of Legends juga disekat di Syria kerana Syria adalah sekutu rapat Iran.

Rata-rata pemain di Iran dan Syria melahirkan perasaan sedih melalui tinjauan kami ke forum rasmi dan Reddit League of Legends selepas tindakan ini diambil. Pemain dari Iran meluahkan rasa kecewa, “Masalah politik di antara Iran dan Amerika adalah di peringkat kerajaan sahaja. Pemain dan rakyat tiada apa-apa kaitan dengan permasalahan ini.”

Ada juga yang bercadang menggunakan VPN sebagai jalan pintas untuk bermain League of Legends. Namun, VPN agak susah dan mahal untuk digunakan di kedua-dua negara terutamanya Syria masih lagi bergolak dalam peperangan.

Buat masa sekarang, pembangun, Riot Games tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan tindakan ini. Kita juga tidak tahu berapa lama sekatan ini akan berkuat-kuasa.

Selain League of Legends, aplikasi stor online seperti EA Origin dan Epic Games Store juga tidak dibenarkan untuk beroperasi di negara Iran, Syria atau mana-mana negara yang bercanggah dengan undang-undang Amerika Syarikat seperti Korea Utara, Myanmar dan Cuba.

Sumber: PC Gamer

RELATED NEWS

+