LCM Spring 2018 – Satu Lagi Acara Esports Berprestij Negara!

League of Legends Championship Malaysia berakhir dengan meriah semalam dan akhirnya Malaysia menemukan juara dan wakil ke Garena Premier League kalau tak lain tak bukan, Kuala Lumpur Hunters (KLH)!

Fuhh power lah KLH. Tahniah! Kredit: Garena

FDG tempat kedua. Kredit gambar: Garena

Geek Fam tempat ketiga Kredit gambar: Garena

Di depan 1,000 pengunjung yang hadir ke Quill City Mall, Kuala Lumpur, KLH dengan penuh rasa teruja dan bersemangat menjulang trofi yang diidamkan sejak bersaing di peringkat kumpulan lagi. Tak cukup dengan gelaran juara, tuah kemenangan LCM ini membawa KLH untuk layak ke Garena Premier League di Bangkok Thailand selain membawa pulang RM168,000. Tahniah KLH! Korang memang the best!

Balloon popping! Kredit: Garena

Ramai betul pengunjung yang hadir! Kredit: Garena

Di sana nanti KLH akan bertanding bersama Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina untuk mencuri peluang mewakili Asia Tenggara dan bertanding di Mid Season Invitationals yang dianjurkan Riot Games di Berlin, Jerman.

Suasana di LCM Spring 2018 final semalam sangat meriah kerana KLH bertanding bersama dua lagi skuad pilihan iaitu Geek Fam dan Fire Dragoon dalam format Best of 5 dari 17 – 18 Mac 2018. Ini juga menandakan kejohanan pertama yang disiarkan di TV9 dan Facebook TV9 Di Hatiku, membuatkan lebih ramai peminat eSports berpeluang menyaksikan detik bersejarah LOL scene di Malaysia ini.

Pengurus Besar Lenovo Malaysia dan Singapura, Khoo Hung Chuan (kanan) bersama pemenang Grand Lucky Draw. Untunglah menang Laptop! Kredit: Garena

Untunglah menang barangan Logitech! Kredit gambar: Garena

Tak cukup dengan top team bertanding, LCM Spring 2018 Grand Final menyaksikan pertandingan Cosplay Collision yang mempertaruhkan RM10,000. Prestasi Fujiwara Kazuko sebagai Blood Moon Elise menghiburkan pengunjung dan 5 juri dari Korea Selatan. Dia membawa pulang wang tunai RM3,000.

Bagi pengunjung, mereka tak balik dengan tangan kosong kerana ada yang memenangi hadiah seperti barangan Logitech, voucher dari Shopee dan paling awesome sekali, pemenang bertuah bawa pulang Laptop gaming, Legion Y720 dan Legion Y520. 

“Detik berharga disaksikan di Grand Final dan ini seiring dengan perkembangan eSports di Malaysia. Kami tak sabar untuk berkolaborasi dengan pemain industri pada masa depan. Lenovo Legion akan membantu beri sokongan kepada komuniti gaming di Malaysia dengan memberikan akses kepada produk terbaik gaming kami,” – Pengurus Besar Lenovo Malaysia dan Singapura, Khoo Hung Chuan.

Dianjurkan dari 2 Februari hingga 18 Mac, LCM adalah satu kejohanan yang mengubah landskap eSports negara bagi menyediakan peluang untuk mereka berentap di pentas antarabangsa ketika Garena Premier League 2018 pada 31 Mac hingga 1 April ini.

Jom layan gambar-gambar lain sepanjang penganjuran LCM Spring 2018 ni. Dari Sabtu hingga semalam!:

RELATED NEWS

+