League Of Legends: Acara Lunar Revel 2019 Mengembalikan Mod ARURF

Seperti biasa, League of Legends mempunyai acara bersempena musim perayaan. Kali ini, kita akan menyaksikan kandungan sempena Tahun Baru Cina pula!

Lunar Revel 2019 menambah skin baru dan mengembalikan mod kegemaran ramai, ARURF. Festival ini sudah pun bermula dan akan berakhir pada 4 Mac. Skin baru iaitu Firecracker Vayne kini boleh dibeli dan ia juga menerima variasi Prestige Edition. Firecracker Sejuani, Coin Emporer Tahm Kench dan Lunar Wraith Sylas semuanya dikenakan diskaun semasa acara ini.

Skin ini boleh didapatkan dengan 1,350 RP sahaja.

Selain Summoner Icons, rangka dan emotesLunar Revel 2019 Pass diperkenalkan untuk pertama kali. Ia membolehkan pemain mendapat token dengan bermain perlawanan dan boleh digunakan untuk membeli loot items seperti Presitge Edition Vayne. Ia berharga 1,000 Lunar Revel Tokens dan paling mahal berbanding yang lain hanya sekitar 150 tokens.

Pass ini juga hadir dengan beberapa Orbs tapi pemain boleh membeli lebih lagi berasingan atau dalam pek. Setiap orb beri peluang untuk menerima beberapa skin shards dan juga mungkin Gemstone.

Lunar Revel Orb – 250RP

  • Satu skin shard secara rawak
  • 5x gandaan untuk gemston dan drop rates bagi mythic skin
  • 8% kemungkinan untuk dapat satu lagi skin shard secara rawak
  • 4% kemungkinan untuk dapat Revel Grab Bag
  • Jaminan mendapat skin shard bernilai 520 RP, 750 RP, 975 RP, Epic dan Legendary.
  • 8 Lunar Revel Tokens

Kalau korang taknak belanjakan wang ringgit tapi nak dapat lebih token, selesaikan misi Lunar Revel untuk loot percuma dan macam-macam lagi.

ARURF adalah mod dengan cooldown yang sangat singkat dan random champions kembali dengan Golden Spatula Club untuk pemain mendapat skin boost bagi pasukan mereka.

RELATED NEWS

+