Kuala Lumpur Hunters Berazam Buat Yang Terbaik Untuk Garena Premier League (GPL)

Bagi pemain League of Legends, bukan mudah untuk menembusi peringkat demi peringkat sebelum sampai ke Worlds, kejohanan tahunan yang menyaksikan pasukan bertaraf dunia beraksi.

Ada beberapa kejohanan yang perlu dilepasi terlebih dulu. Bagi Kuala Lumpur Hunters yang baru saja memenangi League of Legends Championship Malaysia (LCM) baru-baru ini, mereka berpeluang untuk bertanding di Garena Premier League di Bangkok pada 28 Mac (esok) sebelum melayakkan diri ke Mid Season Invitational (MSI).

KLH dah bersedia ke GPL. Kredit gambar: Facebook KLH

Kapten KLH, Chan Roong Han ataupun dikenali sebagai ArrHedge nampaknya begitu yakin dan steady bila ditanya persiapan mereka ke Garena Premier League.

“Kami bersyukur menjuarai LCM kerana terdapat beberapa pasukan hebat bertanding seperti Fire Dragoon dan Geek Fam. Pasti kami nak buat yang terbaik nanti,”

Mengikut rekod, tiada lagi pasukan dari Malaysia yang berjaya memenangi Garena Premier League. Tapi kali ini, KLH akan cuba yang terbaik untuk mengubah sejarah itu.

“Kali ini kami ingin terus buat yang terbaik dan buktikan nama Malaysia di peringkat Asia Tenggara. Kami juga akan scrim dengan lebih kerap bersama mereka untuk memahami corak permainan sebenar.

“Filipina dan Thailand adalah target kami kerana mereka adalah pesaing terkuat dalam kejohanan GPL lepas,”

Semoga berjaya KLH! Team MyGameOn berharap korang boleh cipta sejarah dan buktikan Malaysia Boleh! 

RELATED NEWS

+