Khufra Cakbu bantu Red Esports tewaskan Orange Esports 2-0

Red Esports nampaknya kelihatan lebih yakin pada perlawanan penyingkiran hari ini dengan adanya Cakbu dalam pasukan.

Pemain yang menggantikan Haru di playoffs ini nyata hebat bermain Khufra dan tidak memberikan ruang kepada pemain Orange Esports melaksanakan taktik mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MyGameOn (@mygameondotmy)

Dengan kemenangan tersebut, maka tamatlah perjalanan Orange Esports di MPL MY musim ketujuh ini sementara Red akan mara ke pusingan lower bracket seterusnya.

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas akan dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

RELATED NEWS

+