Kena: Bridge of Spirits akan tiba pada 24 Ogos 2021

Sony Interactive Entertainment dan Ember Labs telah mengumumkan tarikh pelancaran permainan Kena: Bridge of Spirits. Ia akan dilancarkan pada 24 Ogos tahun ini di PC (Epic Games Store), PlayStation 5 (PS5), dan PlayStation 4 (PS4).

Perkara ini diumumkan melalui sebuah trailer baharu yang dipertunjukkan dalam siaran langsung State of Play pagi ini. Versi Standard kini boleh dipra-tempah melalui PlayStation Store pada harga RM169. Versi Digital Deluxe pula boleh dipra-tempah pada harga RM209.

Permainan ini pada asalnya dirancang untuk dilancarkan pada bulan Mac tahun ini. Sama seperti beberapa permainan lain, nampaknya ia juga terpaksa ditangguh akibat gangguan kerja yang berpunca dari pandemik COVID-19.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+