Kejohanan terbesar Free Fire World Series – 22 pasukan, RM8.2 juta hadiah terkumpul

Garena hari ini mengumumkan Free Fire World Series, kejohanan paling besar dan ikonik daripada permainan mudah alih ini.

Ia akan dianjurkan di Singapura pada Mei tahun ini. Yang menariknya, hadiah terkumpul adalah besar iaitu sebanyak AS$2 juta (RM8.2 juta).

Kejohanan ini juga menandakan e-sukan Free Fire kembali ke mod offline di mana sebelum ini ia diadakan dalam talian sahaja.

FFWS di Singapura ini akan mengadakan Play-ins pada 22 Mei diikuti Finals pada 29 Mei.

Sebanyak 22 pasukan dari 14 rantau akan bertanding untuk menjadi juara dunia dan meraih sebahagian daripada RM8.2 juta tersebut.

Di peringkat play-ins, ia akan diwakili oleh 12 pasukan yang mendapatkan tempat pertama dan kedua di peringkat serantau. 10 pasukan terbaik dari Play-Ins akan menyertai 10 pasukan lain peringkat serantau di Finals.

Sebanyak enam pusingan di tiga peta akan dimainkan dan mata diberikan mengikut ranking perlawanan dan jumlah mata bunuh.

Disebabkan pandemik yang berlaku di seluruh dunia, FFWS 2021 SG akan diadakan dengan keutamaan kepada keselamatan dan kesihatan semua krew serta pasukan terlibat. Garena juga akan bekerjasama dengan Singapore Tourism Board (STB) dan Singapore Cybersports and Online Gaming Association (SCOGA).

RELATED NEWS

+