Kejohanan MLBB dan VALORANT PVP Esports Campus Championships Season 2 bermula hujung minggu ini

Acara gaming dan e-sukan Asia Tenggara SuperGamer Fest (SGF) 2020 akan berlangsung dari 5-6 Disember 2020 dan 11-13 Disember 2020. SGF dianjurkan oleh PVP Esports dan mereka juga akan mengadakan kejohanan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan VALORANT PVP Esports Community Championships Season 2 di acara tersebut.

Kejohanan MLBB akan berlangsung dari 5 hingga 6 Disember dan kejohanan VALORANT pula akan berlangsung dari 12 hingga 13 Disember. Juara kebangsaan daripada lapan negara akan bertembung untuk mendapatkan gelaran juara Asia Tenggara.

Untuk kategori MLBB, Malaysia akan diwakili oleh UiTM Vendetta. Sebelum ini, mereka telah menjadi juara Yoodo Kejohanan E-sukan Kampus Semester 3 dan Naib Juara PVP Esports Campus Championships musim pertama.

Pada hujung minggu ini, mereka akan bertemu dengan Green (Singapura), GUNADARMA TINFOR (Indonesia), Sang-U-sa (Thailand), dan dua pasukan lagi dari Filipina dan Myanmar.

Untuk kategori VALORANT pula, terdapat lima pasukan yang telah didedahkan iaitu ZoomBoomPow (Singapura), Tel-U Esport (Indonesia), Looking For Sponsor (Thailand), dan satu lagi pasukan dari Filipina.

Siaran langsung untuk kejohanan PVP Esports Community Championships Season 2 boleh ditonton di laman web rasmi SGF 2020 dan siaran langsung untuk setiap hari akan bermula pada waktu 10AM.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+