Kejohanan Fortnite Dihoskan Oleh Ninja Mendapat Sambutan Sangat Meriah!

Bulan lepas, disahkan yang Red Bull akan hoskan acara Fortnite istimewa menampilkan Tyler “Ninja” Blevins, streamer sensasi yang sangat terkenal. Acara itu dah pun berakhir dan sangat meriah sekali sambutannya.

Seramai 150,000 penonton menyaksikan penstriman itu sejak pagi hingga malam dan sekurang-kurangnya 100,000 penonton menyaksikannya serentak (ini kerana followers Ninja yang sangat ramai di Twitch.)

Acara itu diadakan di Chicago dan membawakan 200 pemain Fortnite terbaik yang perlu mengumpul mata. Sebanyak $1,125 ditawarkan bagi setiap pemenang di tempat teratas. Jumlah ini mungkin agak sedikit kerana peraturan dari Epic Games untuk pertandingan third-party tapi pemain tetap hadir untuk mengambil bahagian.

Di Twitter ESPN Esports, korang boleh saksikan pemberian hadiah kepada juara-juara.

Selain itu, cabaran kedua yang mana pemain melawan Ninja dan Lupo sendiri, akan memberikan bonus mata pada hari acara itu.

“Saya takkan ada karier sekarang kalau bukan kerana untuk Komuniti Fortnite. Sangat seronok bermain bersama salah seorang kawan baik (DrLupo) malam ini dan berjumpa dengan peminat. Sebenarnya ada saja pemain berbakat dalam pertandingan ini,” kata Ninja.

Seperti yang disaksikan, aura Ninja sangat kuat untuk mengumpulkan peminat dan pemain bertanding dalam satu acara Fortnite. 

Fortnite kini sedia dimainkan di Xbox One, PlayStation 4, Nintendo Switch, PC dan peranti pintar.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+