Kandungan Borderlands – Psycho, Claptrap Dan Pandora Rift Zones Hadir Ke Fortnite

Fortnite nampaknya berkolaborasi bersama Borderlands 3 dan hari ini mereka mengumumkan tiga kandungan utama, Claptrap, Psycho dan Pandora Rift Zones serta banyak lagi kini didapati dalam dunia Fortnite sempena acara Fortnite x Mayhem.

Acara yang akan menyambut kedatangan Borderlands 3 ini mula berlangsung hari ini hingga 10 September.

Antara yang pemain boleh cuba ialah bermain di Pandora Rift Zone, mencabar diri dalam Challenges dan membeli Psycho Bundle yang terbahagi kepada kostum Psycho, beg Claptrap dan Pickaxe. 

Selain itu, terdapat Welcome to Pandora Challenge Bundle yang memberikan ganjaran seperti Mayhem Wrap, Psycho Spray, Vault Hunter Banner dan Crunk Bunny Spray.

Mengikut patch notes, Pandora Rift Zone yang kelihatan seperti dunia Borderlands juga dimasukkan dan mana-mana pemain yang tidak diserang untuk beberapa saat akan menerima Shield.

Memandangkan Borderlands 3 akan dilancarkan secara rasmi pada 13 September, pastinya membuatkan ramai pemain tertunggu-tunggu dan boleh bermain Fortnite dulu untuk merasakan debarannya.

Sumber: IGN

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+