“Kami berlatih selama enam jam sehari untuk FFWS” – Geek Fam Free Fire

Pasukan Geek Fam Free Fire akan berlawan di peringkat dunia iaitu Free Fire World Series (FFWS) pada 30 Mei ini.

Mereka kini sudah pun berada di Singapura menjalankan kuarantin dan menjalani sesi latihan di sana.

Geek Fam Free Fire diwakili oleh: 

  • Solehin “Zack” Habib Rahaman
  • Mohammad Akiq “Akiq” Akimi 
  • Haziq “Haziq” Daniel (IGL)
  • Muhammad Hafiz “Apiz” Azhar
  • Muhammad “Shoyu” Aiman

Bercakap kepada penulis, mereka berlatih menggunakan Discord setiap masa bagi menambahkan keserasian. 

“Kami bersiap sedia dengan berlatih bersungguh-sungguh dan menambah mutu permainan terutamanya untuk roles masing-masing,” kata Geek Fam ketika dihubungi.

Kapten dalam permainan, Haziq pula berkata, bukan mudah untuk bermain di peringkat dunia dan di pentas offline.

“Tugas saya adalah memastikan ahli pasukan tenang kalau ada rasa gugup di atas pentas. 

“Dengan menerapkan motivasi dan keyakinan boleh membuatkan kami terus capai kejayaan!” katanya yang berlatih selama enam jam sehari satu pasukan.

Tambah Haziq, beliau yakin 100% dengan kemampuan pasukan. Hasratnya hanya satu iaitu menjadi juara FFWS.

“Doakan kejayaan kami. Kami akan buat yang terbaik untuk raih gelaran juara FFWS buat negara. Kami juga bersyukur pada masa sukar ini, peminat dan atlet e-sukan boleh mengeratkan hubungan menerusi kejohanan ini,” akhirinya.

Peringkat Final FFWS akan bermula pada 30 Mei ini di Singapura.

Foto: Geek Fam

RELATED NEWS

+