Kajian Mengatakan Ramai Anak Muda Gemar Bermain Fortnite

Rata-rata atlet e-sukan yang bermain Fortnite sebenarnya masih muda dan di bawah usia 25 tahun. 

Ini dibuktikan apabila Kyle “Bugha” Geirsdorf menjadi jutawan muda pada usia 16 tahun sejurus memenangi Fortnite World Cup. Beliau membawa pulang wang kemenangan sebanyak RM12 juta dari kejohanan dunia itu.

Duo Fortnite, Aqua dan Nyhrox pula masing-masing berusia 16 dan 17 tahun.

Laporan dari Forbes pula menyatakan pemain yang boleh menyertai Fortnite World Cup bermula daripada usia 13 tahun. 

Mengikut rekod yang dikeluarkan oleh Statista, demografik pemain Fortnite terdiri daripada pemain-pemain muda iaitu seramai 62.7% berusia antara 18 tahun hingga 24 tahun.

Manakala mereka yang berusia dari 25 tahun hingga 34 tahun merangkumi 22.5% daripada jumlah pemain.

Fortnite juga mempopularkan pembelian barang dalam permainan (in-game items) yang mampu menjana sehingga USD$2.7 Billion pada 2018. Ini termasuklah kostum, emotes dan payung terjun yang mana remaja gemar meletakkan pelbagai stail bagi karakter mereka lebih menyerlah berbanding pemain lain.

Selain itu, pemain e-sukan muda lain yang berjaya bukan saja berada dalam game Fortnite. Dota 2 mempunyai Michał “Nisha” Jankowski yang bermain untuk organisasi terkemuka Eropah, Team Secret dan hanya berusia 18 tahun. Mengikut rekod EsportsEarnings, Nisha mempunyai pendapatan berupa hadiah kemenangan sebanyak USD$314,000 dari 36 kejohanan disertainya.

Twistzz yang juga pemain Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) bagi Team Liquid berusia 20 tahun dan pasukan itu sudah meraih posisi nombor satu dunia dalam permainan berkenaan dengan kemenangan enam kali berturut-turut. 

Sumber: Statista, EsportsEarnings

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+