Jurulatih Geek Fam ID, Nafari bersara daripada Mobile Legends

Jurulatih Geek Fam ID, Azam “Nafari” Aljabar mengumumkan persaraan daripada arena kompetitif Mobile Legends: Bang Bang.

Dalam satu video di Youtube, pemain-pemain Geek Fam memohon maaf dan berterima kasih dengan jasa dan sumbangan beliau lebih kurang setahun menjadi jurulatih.

Namun, disebabkan keputusan di Liga Profesional (MPL ID) musim ketujuh masih belum juga memuaskan, menguatkan lagi keinginan beliau untuk bersara.

Geek Fam ID boleh dikatakan antara pasukan yang mengambil pemain baru dan mereka bagaimanapun kerap menunjukkan prestasi kurang memuaskan dengan berada di kedudukan tercorot setiap kali MPL.

Namun di Kejohanan Jemputan (MPLI), mereka berjaya menewaskan skuad senegara, Bigetron Alpha dan Blacklist International dari Filipina.

Pastinya kehilangan Nafari akan menunjukkan jika Geek Fam ID masih mampu untuk mendapatkan jurulatih baru yang boleh mencorakkan pasukan ini ke arah lebih baik kelak.

RELATED NEWS

+