Nepal, kini tiba pula giliran negara Jordan untuk mengharamkan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)."> Nepal, kini tiba pula giliran negara Jordan untuk mengharamkan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)." /> Nepal, kini tiba pula giliran negara Jordan untuk mengharamkan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG)." />

Jordan Mengharamkan PUBG, Fortnite Mungkin Diharamkan Juga

Selepas Nepal, kini tiba pula giliran negara Jordan untuk mengharamkan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG).

Suruhanjaya Pengawalseliaan Telekomunikasi (TRC) Jordan mengarahkan larangan untuk PUBG pada 4 Julai lalu. Keputusan ini dilakukan berikutan satu kajian daripada Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang mana mengklasifikasikan PUBG adalah game yang menyumbang kepada “ketagihan dan sifat mengasingkan diri daripada masyarakat.”

Pada akhir bulan Mei tahun ini, WHO mengisytiharkan ketagihan video game sebagai satu penyakit yang boleh menyebabkan seseorang hilang kawalan dan taksub bermain sehingga mengabaikan aktiviti harian serta tidak menghiraukan keadaan sekeliling.

Game battle royale popular ini diharamkan kerana TRC menerima banyak aduan oleh orang awam dan organisasi lain atas impak negatif terhadap seseorang. Menurut laporan Roya News, ramai pemain menyatakan PUBG menggunakan nama senjata sebenar, justeru kanak-kanak boleh mempelajari nama-nama daripada game ini dan mendorong gangguan seksual dalam kalangan wanita.

Bukan itu sahaja, Jordan juga bakal mengharamkan 6 game lain termasuk Fortnite. PUBG turut diharamkan di negara China, India (beberapa bandar), Iraq dan Nepal (buat sementara waktu).

Adakah korang setuju dengan keputusan Jordan mengharamkan PUBG? Ataupun ini cuma reaksi yang tidak perlu digempar-gempurkan? Kongsikan pendapat bersama kami di Facebook

Ikuti kami di Instagram dan tonton saluran kami di YouTube.

Sumber: VG24/7

RELATED NEWS

+