mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan ini bermula dari sekarang hingga 20 September."> mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan ini bermula dari sekarang hingga 20 September." /> mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan ini bermula dari sekarang hingga 20 September." />

Jom sertai kejohanan DOTA 2 antara universiti Rise of Legion: Collegiate Tournament

Lenovo telah mengumumkan kejohanan DOTA 2 antara universiti Rise of Legion: Collegiate Tournament. Ia akan berlangsung selama dua hari dari 26 September hingga 27 September ini. Anda dan rakan-rakan anda boleh mendaftarkan diri untuk menyertai kejohanan ini bermula dari sekarang hingga 20 September.

Kejohanan ini menawarkan hadiah terkumpul berjumlah RM4,000. Juara akan membawa pulang RM2,400, naib johan akan memenangi RM1,000, dan pemenang tempat ketiga akan menerima RM600.

Satu perkara penting yang perlu diketahui oleh mereka yang ingin menyertai kejohanan ini ialah mod permainan biasa DOTA 2 tidak akan dipertandingkan. Format kejohanan ini menggunakan mod permainan 1v1 Solo Mid dengan satu penyingkiran (Single Elimination).

Untuk memenangi sebuah perlawanan, anda perlu membunuh Hero musuh dua kali atau memusnahkan tower Tier 1. Pusingan awal ditanding secara BO1 dan pusingan Separuh Akhir dan Akhir pula ditanding secara BO3.

Penyertaan kejohanan ini memerlukan lima orang ahli pasukan dan ia terbuka untuk 10 pasukan sahaja. Oleh itu, jangan terlepas peluang untuk mendaftarkan diri di laman web Lenovo Legion. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejohanan ini di laman web tersebut.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+