Jangs dikritik Luxxy? optimis mahu buat lebih baik

Pelatih Bigetron Red Aliens, Jangs atau nama sebenarnya Muhammad Jangs Abdul Gafar bersikap profesional dan menerima kritikan membina, kali ini daripada pemain yang dilatihnya sendiri iaitu Luxxy.

Dalam satu podcast bersama Ketua Pegawai Eksekutif Bonafide Esports, Iman Taufiq Djayadiningrat (ImanTDJ), jurulatih kelahiran Malaysia ini mengakui dikritik oleh pemain BTR RA sendiri.

Katanya, pemain muda itu ada menyebut kekurangannya dan ada juga membandingkannya dengan jurulatih yang terdahulu. Namun, katanya itu adalah teguran yang baik kerana Luxxy memberitahu di mana kekurangan yang boleh diperbaiki lagi.

Menurut laporan ONE Esports, Jangs tidak berapa kisah dengan kritikan sebaliknya optimis bahawa kritikan tersebut boleh menjadikannya lebih baik pada masa depan kelak.

Terdahulu, Bigetron RA mendapat tempat kelapan di PMPL SEA musim ketiga, di belakang tiga pasukan senegara iaitu EVOS Reborn (naib juara), Livescape (tempat keempat) dan Aura (tempat kelima).

Dalam 18 peta yang dimainkan, tidak ada satu pun Winner Winner Chicken Dinner (WWCD) ditemukan pasukan ini.

Dalam kejohanan tersebut, hanya EVOS Reborn wakil Indonesia yang layak mendapat slot ke PMPL SEA S4 tanpa perlu melalui pusingan kelayakan.

RELATED NEWS

+