Jadual MSC 2021 dikeluarkan, 6 perlawanan pada hari pertama dan kedua

Debaran Piala Asia Tenggara Mobile Legends: Bang Bang (MSC 2021) kian terasa. Banyak negara terbabit sudah menghantar nama wakil selepas kelayakan diadakan di negara masing-masing berakhir menerusi keputusan Liga Profesional (MPL).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Dalam perlawanan peringkat kumpulan bermula 7 Jun, sebanyak enam perlawanan akan dilangsungkan pada hari pertama dan kedua manakala hari ketiga tinggal baki tiga perlawanan.

Setiap perlawanan diadakan dalam format best of three manakala peringkat lower bracket finals dengan best of five dan Grand Final sebanyak tujuh perlawanan terbaik.

Di laman web ini, anda boleh melihat segala butiran MSC 2021 termasuk pasukan yang layak.

Malaysia akan menemui wakil selepas playoffs MPL MY S7 yang diadakan pada Jumaat hingga Ahad ini dan mereka mempunyai persiapan hanya seminggu sebelum bermulanya MSC.

RELATED NEWS

+