Invoker dan Luna akan muncul dalam DOTA: Dragon’s Blood

Trailer acah rasmi siri anime DOTA: Dragon’s Blood telah dimuat naik oleh Netflix. Terdapat beberapa watak-watak penting dari permainan DOTA 2 seperti Invoker dan Luna yang disahkan akan membuat kemunculan dalam siri anime ini.

Menurut sinopsis yang disediakan oleh Netflix, siri ini berkisahkan tentang perjalanan Dragon Knight ataupun Davion. Dalam pengembaraannya, dia bertemu Slyrak, seekor ancient eldwurm yang berkuasa, dan juga bertembung dengan Mirana yang sedang melakukan misi rahsia.

Selain daripada Invoker dan Luna, watak-watak lain yang telah disahkan adalah Selemene, Dewi Bulan yang disembah oleh Mirana dan Luna, Kaden, seorang Dragon Knight, dan Bram, squire atau pembantu Davion.

Sumber: @wykrhm

DOTA: Dragon’s Blood akan tiba di Netflix pada 25 Mac tahun ini. Ia dianimasikan oleh Studio MIR dan diterbitkan oleh Ashley Edward Miller.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+