laluan kepada cross-play melalui satu beta Fortnite di PlayStation 4 dan platform lain seperti Xbox One, PC, Nintendo Switch, iOS dan Android."> laluan kepada cross-play melalui satu beta Fortnite di PlayStation 4 dan platform lain seperti Xbox One, PC, Nintendo Switch, iOS dan Android." /> laluan kepada cross-play melalui satu beta Fortnite di PlayStation 4 dan platform lain seperti Xbox One, PC, Nintendo Switch, iOS dan Android." />

Ini Sebab Kenapa Sony Lambat Sangat Membenarkan Cross-play

Pada minggu lepas, Sony akhirnya merealisasikan ramai permintaan gamers dengan membuka laluan kepada cross-play melalui satu beta Fortnite di PlayStation 4 dan platform lain seperti Xbox One, PC, Nintendo Switch, iOS dan Android.

Beberapa bulan lalu, Sony menerima banyak cemuhan dari pelbagai pihak seperti peminat dan pembangun game kerana keengganan cross-play apabila pemain Fortnite yang mempunyai akaun PS4 tidak dibenarkan untuk menggunakan akaun yang sama untuk Nintendo Switch.

Namun, apa yang membuatkan Sony begitu lambat mengalu-alukan cross-play seperti telah dilakukan oleh Xbox One dan Nintendo?

Bos Sony Interactive Entertainment Worldwide Studios, Shawn Layden menerangkan Sony berhadapan dengan cabaran dan halangan dalam pelbagai perspektif seperti isu teknikal, bisnes dan macam-macam lagi.

“Kami faham ramai pengguna mahukan cross-play dan kami mahu menyampaikan kaedah sebagus mungkin. Untuk membenarkan cross-play di PlayStation, ia tidaklah senang kacang seperti yang disangkakan. Oleh sebab itulah kami mengambil masa agak lama untuk membenarkan cross-play bagi memastikan semuanya berjalan lancar,” kata Layden.

Berkenaan dengan prestasi beta cross-play Fortnite di PS4, Layden berkata, “Setakat ini, kami tidak menerima sebarang komen tentang gangguan tetapi ini cuma beta, jadi kami akan sentiasa pantau apa-apa permasalahan wujud dalam beta. Apa yang penting, saya cuma lega kerana pemain akhirnya dapat apa yang mereka mahukan selama ini dan tidak tweet kepada kita banyak kali.”

Kini, cross-play hanya dibuka untuk Fortnite sahaja dan Sony mungkin akan memberi laluan untuk game lain akan datang.

Sumber: Eurogamer

 

RELATED NEWS

+