HomeBois tanpa Aul di playoffs? Red Esports mara ke peringkat seterusnya

Di manakah kelibat Aul? Pada hari terakhir musim liga MPL MY S7 sebelum ini, kita boleh saksikan bagaimana pemain yang juga streamer itu membuat kemunculan bersama HomeBois.

Namun, kali ini, tiada dilihat kelibatnya.

Dalam perlawanan penyingkiran hari ini, Red Esports berjaya memenangi 2-0 ke atas HomeBois.

Playoffs MPL MY musim ketujuh mengumpulkan lapan pasukan Mobile Legends terbaik bertarung sehingga Ahad.

Sebanyak AS$100,000 (RM413,500) ditawarkan kepada pasukan yang bertanding.

Dua pasukan Malaysia di ranking teratas akan dipilih sebagai wakil untuk Piala Asia Tenggara (MSC 2021) yang bakal berlangsung 7 Jun ini.

RELATED NEWS

+