Hideo Kojima ‘Menghentam’ Battle Royale, Dikatakan Mudah ‘Buat Duit’

Pembangun permainan video, Hideo Kojima yang terkenal dengan siri Metal Gear Solid mengatakan Fortnite (battle royale) adalah cara paling mudah nak ‘buat duit’ dalam industri permainan video.

“Cara paling senang nak jana pendapatan adalah mencipta permainan yang mana semua orang berada di pulau dan cuba menembak antara satu sama lain,” kata Kojima.

“Saya tak mahu buat game seperti itu,”

Ini kerana Kojima tidak berminat dengan genre Battle Royale disebabkan kekurangan plot dan jalan cerita yang mana beliau selalu lakukan untuk hasil kerjanya. Walaupun begitu, Fortnite tak dinafikan menjana pendapatan lumayan menerusi genre ini yang mana ia mudah difahami dan mempromosikan e-sukan diikuti jutaan anak muda di seluruh dunia.

Untuk permainan terbaru Kojima, Death Stranding akan hadir pada 8 November eksklusif untuk PlayStation 4.

Sumber: Comicbook

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+