Hanya tinggal 10 hari sebelum untuk pecah rekod AS$40 juta untuk TI10

The International 10 mungkin takkan berlaku tahun ini tapi komuniti Dota 2 seluruh dunia terus bersatu meningkatkan hadiah terkumpul lebih dari AS$39 juta bagi mencapai sasaran lebih AS$40 juta.

Pada tahun depan, kejohanan dunia itu akan diadakan dengan lebih AS$39 juta hadiah terkumpul (jumlah hadiah terkumpul ini dibawa ke tahun depan).

Dengan penambahan masa untuk Battle Pass, ada kemungkinan untuk hadiah TI10 mencecah AS$40 juta dalam masa 10 hari sahaja tinggal.

Pastinya ramai pemain Dota 2 akan membeli lagi level-level dalam Battle Pass ini dan anda patut mendapatkan ganjaran paling istimewa iaitu Compass of the Rising Gale (Arcana Windranger).

Selepas tamat Battle Pass, kita boleh tahu juga siapa pemenang antara Spectre dan Faceless Void bagi koleksi arcana seterusnya.

Ini adalah peluang anda untuk membantu membuatkan impian ini menjadi kenyataan.

Sumber rujukan: VPEsports

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+