God of War menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di PlayStation 5

Sony Santa Monica telah mengesahkan bahawa permainan buatan mereka God of War akan menyokong kadar bingkai sehingga 60FPS di konsol PlayStation 5 (PS5). Save data dari PlayStation 4 (PS4) juga boleh dipindahkan ke PS5.

Di konsol PS4, God of War hanya boleh dimain pada kadar bingkai 30FPS. Perkara ini tidak berubah untuk konsol PS4 Pro yang lebih berkuasa. Ia hanya meningkatkan kualiti gambar permainan tersebut tetapi kadar bingkai 30FPS dikekalkan.

Menurut Sony Santa Monica, God of War boleh dimain pada kadar bingkai 60FPS di PS5 dengan menggunakan tetapan “Favor Performace” (Pentingkan Prestasi). Adakah ini bermaksud ia juga akan mempunyai tetapan yang lebih mementingkan kualiti gambar dan memaparkan permainan pada tetapan 4K 30FPS?

Kita perlu tunggu PS5 dilancarkan dan uji sendiri.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+