Genshin Impact Versi 1.6: Kazuha karakter pertama dari Inazuma, juga ada bos baru, senjata baru dan acara baru

Siaran langsung miHoYo harini mengumumkan beberapa kemaskini baru untuk Genshin Impact Versi 1.6. Terdapat banyak kemas kini baru untuk versi baru ini.

Ia dihoskan oleh pelakon suara Paimon, Jean, Klee dan Barbara. Anda boleh melihat video acah versi 1.6 di bawah:

Dua Skin Baru Musim Panas Jean dan Barbara

Antara kemaskini baru untuk versi 1.6 adalah kehadiran dua skin baharu untuk Genshin Impact iaitu skin Summer untuk Jean dan Barbara. Anda kemungkinan membayar untuk mendapat skin Jean tetapi skin Barbara adalah percuma. Kedua-dua skin ini merupakan skin pertama yang wujud untuk Genshin Impact. Masih belum terdapat lagi pengumuman harga untuk skin Jean.

Jean

Barbara

Mid Summer Islands Adventure: Acara dan kemas kini baru.

Terdapat banyak acara-acara baru dalam kemaskini 1.6 nanti contohnya acara menaiki kapal untuk berlawan dengan musuh seakan-akan menjadi lanun. Acara seakan-akan bermain tennis, seterusnya acara perlawanan tanpa had di mana kita boleh berlawan dengan bos-bos yang wujud dalam Genshin Impact.

Karakter dalam Genshin Impact juga akan dapat menyertai anda untuk berada di dalam Serinitea Pot masing-masing.

Acara Unlimited Battle:

Acara Tennis baru kali ini:

Karakter anda juga boleh memasuki rumah anda di Serenitea Pot.

Terdapat juga lakonan suara baru untuk semua karakter ketika berlawan. Acara baru ini juga mendatangkan satu pedang lima bintang baharu dan dua senjata empat bintang.

Acara berlawan dengan bos baharu  dan bos lama dalam Genshin Impact

Bos Baru Genshin Impact: Maguu Kenki

Bos baru ini merupakan bos baru dalam Genshin Impact. Samurai ini mempunya gimik-gimik tersendiri mengikut elemen yang digunakannya ketika berlawan.

Kazuha karakter pertama Inazuma sertai Genshin Impact

Kazuha kini diperkenalkan untuk Genshin Impact. Kazuha merupakan watak elemen Anemo (Angin) dari Inazuma. Kazuha mempunyai kebolehan untuk menyedut musuh ke dalam pusaran anginnya dan juga dapat mengeluarkan pusaran angin yang besar sebagai teknik ultimate. Cerita Kazuha juga bakal hadir untuk kemaskini 1.6 ini.

Iklan acah Reka Seni  Inazuma dengan kameo Ayaka

MiHoYo juga menunjukkan iklan acah reka seni untuk benua baru dalam Genshin Impact yang akan hadir nanti iaitu Inazuma.

Inazuma merupakan kepulauan yang diadaptasi reka seninya dengan negara Jepun. Ayaka merupakan watak yang telah lama ada di dalam Genshin Impact tapi masih belum dilancarkan oleh miHoYo lagi.

Pulau Watatsumi

Kuil Narukami

Pulai Seirai

Setakat ini sahaja berita and informasi baharu daripada siaran langsung miHoYo tadi. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut di laman sesawang Genshin Impact untuk informasi lanjut.

Jangan lupa untuk menebus tiga kod ini. Tebus secepat mungkin sebelum tarikh luput!

1. WTNTBYSZJNRD = 100 Primogems 10 Enhancement Crystal
2. 8A6ABHTH2N9Z =100 Primogems 5 Purple Hero’s Wit
3. UTNBBGSZ3NQM =100 Primogems 50k Mora

RELATED NEWS

+