Genshin Impact akan hadir ke PS5

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA

Permainan percuma yang menjadi fenomena pada tahun lepas, Genshin Impact kini dilaporkan akan hadir ke PlayStation 5 pada 28 April ini.

Bagi yang belum tahu, Genshin Impact adalah permainan berkumpulan dengan konsep dunia terbuka yang mana pemain  meneroka dunia Teyyat sambil mengumpul unit pahlawan yang kuat dengan senjata dan kuasa elemental tersendiri.

Sekarang, pemain boleh meneroka Mondstadt dan Liyue Harbor, dua daripada bandar utama Teyyat, setiap satunya dengan budaya, penceritaan dan landskap yang unik menawarkan kepelbagaian raksasa, rahsia dan harta karun untuk diteroka pemain.

 

Versi baharu PS5 ini menawarkan tekstur yang ditambahbaik dan grafik dibuat daripada mula untuk menambah baik objek-objek dalam dunia Teyyat dan membawanya menjadi seakan hidup.

Ia juga nyata lebih laju dari segi loading time untuk memanfaatkan SSD PlayStation 5.

“Kami sedang bekerja keras untuk memanfaatkan ciri yang ada di PS5 bagi menjadikan permainan ini lebih sesuai dimainkan pada masa akan datang,” kata Pengarah Teknikal, miHoYo, Zhenzhong Yi.

“Dalam kemaskini hadapan, akan ada lebih banyak peningkatan dari visual dan prestasi permainan,” katanya.

Genshin Impact akan hadir ke PlayStation 5 pada April 28 dengan pelancaran bersama kemaskini Versi 1.5.

Sumber: IGN SEA

RELATED NEWS

+