Geek Fam Rasmi Melepaskan Pasukan PUBG Mereka

Organisasi e-sukan terkemuka tanah air, Geek Fam mengumumkan pelepasan buat pasukan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) mereka berkuatkuasa hari ini.

Pengumuman itu dibuat di laman Facebook rasmi Geek Fam PUBG Malaysia. Dalam posting tersebut, mereka mengucapkan terima kasih kepada setiap ahli pasukan itu dan menghargai kenangan yang dibina bersama.

Ini adalah lineup penuh bekas pasukan Geek Fam PUBG Malaysia:

  • Muhammad Farhan Abdul Gafar – Jangs
  • Raziq Azraei Azizi – Modyyy
  • Mohd Adam Mohd Salleh – GSeven
  • Mohammad Aidil Adha Azizul Rozany – kBYTEZ

Sebelum ini, pasukan itu terkandas di peringkat kelayakan PUBG SEA Series dengan hanya 30 mata di tempat kesembilan. 

Walaupun ini berita yang menyedihkan, Geek Fam masih kekal dominasi dalam arena e-sukan negara. Mereka mempunyai pasukan Mobile Legends yang kini bertarung di musim liga MPL.

Di Indonesia, pasukan mereka sedang bertanding di MPL Indonesia dan jangan pula lupa skuad Dota 2 mereka yang baru saja layak ke ESL One Los Angeles Major 2020.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+