Geek Fam LOL Bersedia Untuk Minggu Ketiga League of Legends Championship Malaysia (LCM)

League of Legends Championship Malaysia (LCM) akan memasuki minggu ketiga bermula Sabtu ini dan Team MyGameOn mendapatkan pengurus Geek Fam LOL, Wong Kok Wheng bagi berkongsi perkembangan skuad baru mereka.

Geek Fam sudah lama mempunyai skuad Dota 2. Apa yang membuatkan Geek Fam terpanggil untuk menubuhkan skuad League of Legends juga?

Sebagai organisasi e-sukan, kami terbuka untuk meluaskan pengaruh dalam dunia gaming dan di sini kami nampak potensi yang ada pada mereka (Eternity). Kami ingin gilapkan bakat mereka ke tahap lebih tinggi sama seperti apa yang terjadi pada skuad Dota 2.

Bagaimana Geek Fam merekrut ahli untuk skuad LOL ini?

Kami membuat keputusan untuk mengambil bekas ahli Eternity Esports sebagai roster utama tapi menggugurkan AD Carry dan Jungler kerana terpaksa akur dengan komitmen sepenuh masa mereka. Biarpun terpaksa mencari pengganti bagi posisi ini dalam masa terdekat, ia tak lama sebelum kami berjaya mencari pengganti untuk kedua-dua posisi penting ini.

Bagaimana prestasi skuad ini pada minggu pertama LCM?

Kami memenangi 2-0 dalam perlawanan berdepan Fantastic Gaming tapi perlawanan pertama kurang memuaskan hati jurulatih kami, Odin. Dia berpendapat kami perlu habiskan terlebih awal sebelum minit ke-25 kerana draft kami. Perlawanan kedua pula lebih lancar dengan satu atau dua kesalahan kecil.

KEDUDUKAN terkini Geek Fam LOL pada minggu kedua LCM. FOTO: Geek Fam

Geek Fam bersedia untuk berdepan Nirvana Gaming (Sabtu) dan Orange Esports (Ahad) ini. Semoga berjaya!

RELATED NEWS

+