"> " /> " />

GBX Esports bersedia harum nama negara di FIFAe Club World Cup 2021

Bermula esok, FIFAe Club World Cup 2021 akan dilangsungkan. Dua wakil Malaysia, GBX Esports dan Wicked Esports akan bertanding.

Menurut pengurus pasukan GBX Esports, mereka sudah bersedia bagi menghadapi kejohanan dunia ini.

“Persiapan terakhir bagi para pemain adalah mereka perlu menyesuaikan diri dengan pasukan yang diberikan oleh FIFAe. Ianya boleh dijadikan satu kelebihan tetapi jika tersilap langkah, ia boleh mengundang perkara sebaliknya”.

“Dalam masa yang sama, kami turut berbangga kerana diberi penghargaan oleh pihak FIFA untuk muncul di dalam FIFATV. Walaubagaimana, fokus tetap diberikan sepenuhnya kepada kejohanan peringkat akhir FIFAe Club World Cup esok,” ujarnya.

Pasukan GBX diwakili dua pemain ternama FIFA21 tanahair iaitu LuqmanHzq dan Ayen. Kejohanan yang mereka sertai ini merupakan salah satu kejohanan yang menjadi rebutan kelab sukan elektronik di serata dunia.

Ianya adalah kejohanan yang penting bagi mendapatkan mata tambahan untuk melayakkan diri ke kejohanan FIFAe World Cup. 

Sebelum ini, LuqmanHzq dan Ayen pernah berganding bahu mengharumkan nama Malaysia dengan menjadi juara bagi kejohanan Gamergy di Madrid, Sepanyol.

Pada Oktober 2020, Gamesbond dan pasukan sukan elektronik nombor 1 di Malaysia, Team Bosskurr mencapai persefahaman untuk membentuk satu pasukan sukan elektronik khusus bagi kategori FIFA.

Team Bosskur dilihat lebih terbuka untuk mencuba perkara yang baru kerana secara umumnya mereka lebih fokus kepada permainan peranti mudah alih seperti Mobile Legends dan juga PUBG Mobile.

Pasukan GBX ditaja oleh Unifi, BenQ dan Occasin. Dengan penajaan ini, ianya dapat membantu pasukan GBX dari segi kewangan mahupun motivasi untuk mereka terus fokus bersaing di dalam kejohanan-kejohanan yang berlangsung samada di dalam negara mahupun kejohanan antarabangsa.

Kejohanan ini boleh disaksikan secara langsung di Twitch FIFAe bermula hari ini bagi peringkat kumpulan dan peringkat akhir pada 28 Mac ini bermula jam 5 petang.

RELATED NEWS

+