Gamers Hideout Anjurkan FIFA 19 Roadshow – Ada Cabaran Bersama Pemain Profesional

Minggu lepas, Gamers Hideout memberi peluang kepada gamers untuk memenangi PS4 Slim dan FIFA 19 Bundle!

Dalam acara yang berlangsung selama dua hari, kelihatan begitu ramai sekali gamers dan pelanggan setia Gamers Hideout yang mengunjungi Sunway Pyramid untuk bertanding dengan pemain profesional FIFA.

Siapa pemain profesional itu?

Kredit gambar: Gamer’s Hideout

Mereka adalah FrostFire Boon Shin ‘Shige’, FrostFire Kathires ‘Infamous9’ dan PRDG|Aksiz ARIL. Yang menarik, sesiapa yang menyertai pun menerima Official FIFA 19/PlayStation drawstring bag ataupun PlayStation shoe bag.

Lihat gambar di bawah. Kelihatan ramai sekali gamers menyertai roadshow ini.

Antara yang menyahut cabaran pemain profesional, Infamous9.

Antara yang menyahut cabaran pemain profesional, PRDG|Aksiz ARIL.

Antara yang menyahut cabaran pemain profesional, FrostFire Boon Shin ‘Shige’.

Semestinya cabaran sebegini dapat memupuk lagi ahli komuniti FIFA tanah air selain memberi peluang kepada mereka mencuba bakat masing-masing bermain menentang pemain profesional.

FIFA19 sudah pun keluar dan EA Sports ingin menghantar anda ke Europa untuk menyaksikan perlawanan Champions League!! Siap dengan ticket penerbangan dan hotel! Betul bro tak tipu!

Cara nak menang simple sangat, cuma klik di sini: www.futunited.com/my dan ikuti arahan. Kalau menang nanti jangan lupa ajak penulis tau!

RELATED NEWS

+