Game yang ramai streamer main – It Takes Two

Sejak kebelakangan ini, permainan video It Takes Two banyak menerima perhatian oleh golongan gamers. Keunikan permainan tersebut yang menggunakan konsep co-op dengan friend’s pass membuatkan ia digemari ramai.

Konsep permainan ini adalah anda mengawal satu karakter dan rakan anda mengawal seorang lagi karakter. Anda perlu bekerjasama dengan rakan pada masa yang langsung untuk mara ke peringkat seterusnya.

Ia mengisahkan pasangan Cody dan May yang merancang untuk bercerai selepas Cody bergaduh dengan isterinya yang workaholic dan May pula menganggap Cody tak pernah menghargai atau memahami kerjayanya.

Selepas memberitahu Rose bahawa mereka akan bercerai, Rose mengambil anak patung dan cuba ‘memperbaiki’ hubungan itu dengan melakonkan anak patung tersebut. Cody dan May kemudiannya terperangkap dalam badan anak patung dan perlu mengikut saranan Dr. Hakim sementara mereka cuba mendapatkan perhatian Rose.

It Takes Two menggabungkan elemen fantasi dan dunia magis yang sangat menarik untuk diteroka.

Streamer seperti ManParang dan Spartanker juga bermain permainan video ini.

It Takes Two dilancarkan di konsol generasi terkini dan PC.

Jika anda tidak tahu, It Takes Two dibangunkan oleh syarikat yang turut menghasilkan permainan co-op berbentuk platform, A Way Out.H

RELATED NEWS

+