Fryzo tak lagi menjadi jurulatih bagi Red Esports

Nik Mohd Hafizuddin Nik Mohd Kamil atau Fryzo tidak lagi menjadi jurulatih bagi pasukan Mobile Legends, Red Esports.

Berita itu diumumkan dalam satu posting ringkas di Instagram @redesports, hari ini.

Dalam pengumuman itu, mereka mengucapkan terima kasih kepada Fryzo atas sumbangan dan dedikasi beliau kepada pasukan.

Tambah mereka, Fryzo membawakan perspektif baharu kepada pasukan dan membantu mereka untuk berkembang ke arah lebih baik.

Pada playoffs liga profesional MLBB (MPL MY) musim ketujuh yang berlangsung pada Jumaat, Red Esports berjaya mendapatkan tempat keempat lalu membawa pulang wang tunai AS$3,000 (RM12,384).

Foto: Red Esports

RELATED NEWS

+