Free Fire x McLaren – saksikan Lando Norris dalam kolaborasi ini

Kuala Lumpur: Garena hari ini mengumumkan kolaborasi bersama pasukan Formula 1, McLaren Racing. Free Fire adalah permainan mudah alih dengan muat turun paling banyak untuk tahun 2019 dan 2020.

Digelar ‘Ace the Field’, kolaborasi ini akan mendatangkan tema baru untuk Free Fire dengan kandungan eksklusif dan pelbagai in-game features baharu. Tidak lupa juga promosi kempen di media sosial dan pengaktifan di luar talian.

Visi McLaren di Grand Prix juga akan ditunjuk dengan MCLFF adalah singkatan kepada Mclaren-Free Fire. Hasil rekaan inspirasi dari McLaren Racing jugak dapat dilihat dan diambil dari kereta lumba McLaren termasuk MCL35M.

Lando Norris adalah pemandu McLaren Formula 1 yang juga seorang gamer akan menjadi watak dalam kolaborasi Free Fire ini.

McLaren 2021 F1 car launch: McLaren unveil Mercedes-engined MCL35M to be  piloted by Ricciardo and Norris in 2021

“Dengan kolaborasi ini, peminat McLaren dapat membawa kereta McLaren di dalam dunia Free Fire. Pemain juga boleh memilih kereta kegemaran masing-masing dengan rupa MCLFF dan McLaren P1™ dan membawa kereta tersebut di serata Bermuda, Kalahari atau Purgatory dengan penuh gaya!,” kata Harold Teo, Penerbit Free Fire.

Jangan lepaskan peluang untuk memenangi hadiah VIP McLaren Racing. Sebarang maklumat lanjut boleh dilihat di sosial media Free Fire.

RELATED NEWS

+