Fortnite Menawarkan $8 Juta Dalam Satu Kejohanan Esports Berprestij

Baru-baru ini, Epic Games ada mengumumkan USD$100 juta prize pool untuk kejohanan esukan Fortnite pada 2018 dan 2019 dan hari ini, kita dapat tahu dekat mana duit itu akan digunakan. Syarikat itu mengumumkan siri “Summer Skirmish” yang berlangsung selama 8 minggu dan pemain akan berentap merebut USD$8 juta.

Siri itu akan bermula minggu ini dengan pertandingan Duos yang menawarkan USD$250,000. Epic mengatakan community creators dan pemain Fortnite yang menunjukkan kemahiran kompetitif mereka akan dijemput untuk bertanding.

Jemputan dah pun dikeluarkan untuk Summer Skirmish ini tapi pada masa depan, mereka akan mendedahkan bagaimana korang boleh layak untuk skirmish yang lain. “Format dan pesaing akan berubah dari minggu ke minggu, jadi nantikan,” kata Epic.

USD$100 juta hadiah wang tunai terkumpul lebih tinggi dari kejohanan Dota 2 dari Valve yang bernilai USD$38 juta untuk semua pertandingan dalam tahun 2017. 

 

Fortnite membawakan lebih USD$1 juta setiap hari dari versi peranti pintar saja, menurut Sensor Tower; Epic mungkin meraih keuntungan lebih daripada konsol dan PC. Permainan itu percuma tapi pemain boleh membelanjakan duit sebenar untuk kosmetik (yang tak memberi impak pada gameplay).

 

Sumber: Gamespot

RELATED NEWS

+