Fortnite Memperkenalkan Pterodactyl Glider

Peminat Fortnite semestinya nak tau barang terbaru yang tersedia di store lebih-lebih lagi apabila ia berkait rapat dengan acara tertentu. Sebagai contoh, filem Jurassic World: Fallen Kingdom yang baru ditayangkan di pawagam baru-baru ni.

Di akaun Twitter rasmi Fortnite, mereka memperkenalkan Dino Guard Gear yang boleh mula dibeli dan juga Pterodactyl Glider.

“Kembali ke medan pertarungan dengan Pterodactyl Glider dan Dino Guard Gear. Dapatkan sekarang!” seperti kenyataan twit di bawah.

Selain itu, store Fortnite mempunyai beberapa barangan lain. Antaranya, Fossil Flyer yang digunakan bersama Pterodactyl, berharga 500 V-Bucks. 

Kalau sesiapan inginkan Axes baru, ada Pink Flamingo yang funky boleh didapatkan dengan 1,500 V-Bucks. Kalau korang nak beli kostum, (memandangkan kostum Dino tak cukup menyerlah), boleh dapatkan kostum Whiplash dan juga Sunrise Assault yang berharga 800 V-Bucks setiap satu.

Selain itu, emotes iaitu The Star Power dan Rawr boleh didapatkan dengan harga 800 V-Bucks dan 500 V-Bucks.

Fortnite dah boleh didapatkan untuk Xbox One, PlayStation 4, peranti pintar dan PC. Ia juga dah hadir ke Nintendo Switch baru-baru ini.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+