Fortnite Memperkenalkan In-Game Tournament Terbuka Untuk Semua Versi – PC, Konsol & Mobile

Sempena patch baru v6.1.0, Fortnite akan memasukkan In-Game Tournament yang bakal terpapar di bahagian ‘Events’ dalam game.

Yang menariknya, In-Game Tournament akan terbuka kepada semua pemain untuk bertanding bersama-sama pemain profesional tak kira apa platform korang guna untuk bermain Fortnite seperti PC, konsol dan juga mobile.

Semua pemain akan bermula dari bawah dengan melalui sistem skor yang sama dan bertarung selama beberapa jam untuk mendapatkan sebanyak mata mungkin. Pemain boleh memperolehi mata tinggi dengan menaiki tangga teratas atau mengalahkan ramai pemain lain.

Epic Games komited untuk menggabungkan semua platform untuk In-Game Tournament dan menjanjikan permainan adil dan saksama tak kisahlah korang guna mouse & keyboard ke, controller ke mahupun skrin sesentuh telefon pintar.

Selain itu, pembangun Fortnite telah memerhati pencapaian pemain menggunakan controller berlawan dengan pemain menggunakan mouse & keyboard dalam hampir semua pertandingan profesional Fortnite. Pemain profesional seperti NickMercs, Ayden, KamoLRF dan AmarCoD telah menunjukkan bahawa pemain menggunakan controller mampu bertanding dengan pemain PC.

Penyertaan semua pemain untuk In-Game Tournament akan memberi peluang kepada semua pemain untuk menjadi antara pemain Fortnite terbaik di dunia, menaikkan jumlah wang terkumpul dan memberi pendedahan bagi Fortnite World Cup 2019.

In-Game Tournament bagi Fortnite dijangka akan bermula pada 17 Oktober. Terdapat pelbagai kategori yang akan dipertandingkan dalam kejohanan ini seperti Alpha Tournament (Solo), Beta Tournament (Duo), Friday Night Fortnite (Berkumpulan) dan banyak lagi.

Untuk tahu lebih lanjut tentang jadual kejohanan, korang boleh rujuk dalam game di bawah bahagian ‘Events’ atau klik di sini.

Jika korang terlepas pandang, Fortnite kini boleh dimainkan di Android (untuk hampir semualah..) tanpa memerlukan invite. Klik di sini untuk ketahui kalau telefon pintar Android lepas untuk main Fortnite.

RELATED NEWS

+