Fortnite Kini Mempunyai 200 Juta Pemain

Fortnite kini mempunyai 200 juta pemain di seluruh dunia!

Fuhhh.. angka ni hampir sama dengan populasi penduduk Brazil. Nampaknya ia mencatatkan 60% penambahan dari 125 juta pemain yang berdaftar pada Jun.

Kalau yang masih belum tahu, Fortnite adalah permainan Battle Royale yang menempatkan 100 pemain di satu pulau yang makin mengecil. Ia boleh dimainkan di pelbagai platform termasuklah PC, konsol dan juga peranti pintar. Epic Games juga membuat keuntungan dengan mengenakan bayaran untuk barangan perhiasan seperti kostum dan props.

Pada Oktober, Epic meraih USD1.25 bilion dari pelabur termasuk KKR & Co., Vulcan Capital dan Kleiner Perkins.

Sumber: Bloomberg

RELATED NEWS

+