Fortnite Dikhabarkan Akan Menamatkan Operasinya Pada 26 September – Betul Ke Salah?

Musim keenam Fortnite dikatakan akan dilancarkan pada minggu depan tapi khabar angin mengatakan permainan yang ‘meletup’ itu akan ‘bungkus’ pada akhir bulan ini.

Khabar angin ini bermula apabila satu imej di akaun rasmi Twitter Fortnite menunjukkan game itu akan menghentikan segala operasi pada 26 September. Berita palsu itu dikongsikan di media sosial oleh netizen dan di sesetengah portal berita tapi jika korang check balik akaun Twitter, twit itu tak pernah dikeluarkan.

Ia adalah twit palsu yang diletakkan oleh seseorang dan tular di Internet dan merisaukan ramai peminat Fortnite. Ini bermakna Fortnite masih lagi selamat dan takkan berhenti beroperasi dalam masa terdekat. Sebenarnya, ni bukanlah kali pertama berita palsu berkaitan Fortnite disebarkan. Ini disebabkan sebelum ini PUBG ada menyaman Epic Games kerana isu hak milik.

Bilakah Fortnite Musim 5 Berakhir?

Ia dijadualkan tamat pada 25 September. 

Pemain boleh track berapa lama lagi countdown ini di Battle Pass tab apabila korang log masuk ke dalam permainan.

Bilakah Fortnite Musim 6 Bermula?

Musim baru ini akan bermula sejurus saja musim 5 berakhir dan akan menampilkan beberapa barangan kosmetik baru untuk didapatkan. Perubahan pada peta dan item baru pula mungkin akan diumumkan bersama. Tapi bagi pertukaran gameplay atau tema baru, Epic Games masih belum lagi umumkan.

Sumber: Metro.co.uk

RELATED NEWS

+