Fortnite Bawa Keuntungan RM12 Billion Kepada Epic Games Pada 2018

Epic Games mempunyai rekod keuntungan paling cemerlang pada tahun ini yang berpunca daripada hasil game percuma untuk dimainkan, Fortnite.

Walaupun korang tidak perlu bayar satu sen untuk main Fortnite, transaksi barang dalam game seperti Battle Pass dan kostum bermusim bersama 200 juta pemain aktif sedikit sebanyak meningkatkan keuntungan bersih syarikat ini sehingga mencecah USD$3 billion (RM12.3 billion) iaitu lebih tinggi berbanding kadar pendapatan negara lain seperti Antigua dan Barbuda, Grenada dan Belize.

Menurut laporan TechCrunch, Fortnite menjadi sangat popular kerana korang boleh bermain di semua platform – PC, PS4, Xbox One, Nintendo Switch, Android dan iOS (siap korang boleh sync semua dalam satu akaun).

Syarikat teknologi ini sudah aktif dalam game development sejak ditubuhkan dari tahun 1991 yang menghasilkan Unreal Engine digunakan dalam pelbagai game merentasi pelbagai platform seperti Gears of War, A Way Out, Octopath Traveller dan banyak lagi.

Keuntungan Fortnite turut menjana pelancaran Epic Games Store yang mengunci beberapa game eksklusif di stor digital ini dan dua game percuma setiap 2 minggu. Stor ini memberikan pembahagian untung lebih lumayan kepada game developer yang menerbitkan game mereka dan menyokong pencipta kandungan melalui program ‘Support-A-Creator’ dalam Epic Games Store.

Fuh… siapa kata game percuma tak boleh laku sampai datang untung berlipat kali ganda? 

RELATED NEWS

+