FIFA 21: Syarikat hartanah, IOI Property Group ingin kembang potensi anak muda dalam e-sukan

Syarikat hartanah, IOI Property Group ingin mendekati komuniti permainan video dan e-sukan dengan penganjuran Cabaran IOI Esports FIFA21 pada 18 Oktober lalu.

Kejohanan itu turut mendapat kerjasama daripada juara Malaysia, Luqman “Fenrir” Haziq bagi melahirkan lebih ramai bakat baru dalam permainan itu menerusi acara dianjurkan terutamanya kepada golongan anak muda.

Luqman berkongsi tip dan ilmu sebagai pemain pro sambil memberi peluang kepada pemain untuk mencabarnya dalam FIFA 21.

“IOI Esports FIFA21 Challenge membawa kami ke satu tahap baru dan memberikan kami peluang untuk mencipta pengalaman yang menarik kepada komuniti peminat permainan video yang kompetitif.

“Sebagai entiti korporat, IOI Property Group mahu penglibatan secara interaktif bersama anak muda di Malaysia.

“Umum mengetahui, kami terlibat dalam pembangunan projek bandar dan mempengaruhi gaya hidup. Sekarang, kami cipta aktiviti dan peluang berbeza untuk mendekati golongan muda.

“Sambutan meriah daripada komuniti e-sukan terus memberi inspirasi kepada kami meneroka bidang ini. 

“Kami berharap sepanjang pertandingan ini, peminat dan pemain dapat interaksi dan bercakap dengan profesional seperti Luqman untuk membantu mereka dalam dunia kompetitif,” kata Jason Tie, Ketua Pegawai Jualan dan Pemasaran IOI Property Group.

Seramai 16  pemain bertarung pada 25 Oktober lalu untuk acara sampingan Cabaran FIFA21 ini di mana Putera Sufrie Nizam (Pvtera) memenangi acara itu dan membawa pulang RM5,000.

  • RM2,500 tempat kedua – Roshand Shane (saint-gucci)  
  • RM1,000 tempat ketiga – Rinie Ramli (ensmileyface)
  • RM500 tempat keempat – Ahmad Sharin Shaharudin (Doodledeedo) 
  • RM250 hadiah saguhati – Alif Fikri (Nori-Federer), Kamil Al Amini (maxnevis), Kiieshan NairA/L Regukumaran (kiieshan94), dan Alif Dani Bin Noor
    Badarrudin (FourOneOne).

Cabaran IOI Esports FIFA 21 adalah acara anjuran IOI Properties bersempena kempen LIVE.LIFE! dengan objektif untuk mengumpulkan komuniti anak muda bagi memberi ruang untuk percambahan idea tanpa sempadan.

RELATED NEWS

+