FIFA 21 kini telah tiba! Ini 5 perkara baharu yang menarik

Artikel ini ditaja oleh EA Sports.

Permainan terbaru FIFA iaitu FIFA 21 akhirnya telah dilancarkan! Para peminat permainan bola sepak di Malaysia semestinya tidak sabar untuk mendapatkannya. Ia menawarkan kualiti grafik yang lebih realistik, kawalan bola yang lebih terperinci, dan banyak lagi ciri-ciri menarik.

Pada waktu ini, ia telah dilancarkan untuk PC (Steam), PlayStation 4 (PS4), Nintendo Switch, dan Xbox One. Bagi anda yang merancang untuk membeli konsol PlayStation 5 (PS5), jangan risau. Versi PS5 dan Xbox Series juga akan dilancarkan pada masa depan dengan beberapa penambahbaikkan.

 

1. Uruskan setiap butiran pasukan anda dalam Career Mode

Career Mode memberikan anda lebih banyak cara untuk mengawal setiap perkara dalam pasukan anda. Anda boleh mengubah posisi setiap pemain dan melatihkan mereka agar mereka menjadi lebih handal. Selain itu, anda juga perlu berunding dengan pengurus pasukan lain seperti Pep Guardiola dan Jürgen Klopp untuk membeli atau meminjam pemain mereka.

Untuk menjadikan Career Mode pengalaman yang lebih mudah dinikmati, setiap perlawanan diadakan secara simulasi. Walaubagaimanapun, anda juga boleh memindahkan kawalan pemain kepada diri anda pada bila-bila masa termasuklah pada waktu-waktu genting seperti tendangan penalti.

 

2. Permainan dan kawalan yang lebih terperinci

Semakin baharu, semakin realistik dan menyeronokkan. Itulah gaya penambahbaikkan siri FIFA dan ia masih relevan untuk FIFA 21. Kali ini, anda boleh mengawal para pemain dengan lebih tepat kerana terdapat sistem baharu seperti Agile Dribbling yang memberikan anda kebolehan untuk menggelecek bola dan mengelirukan pemain lawan.

Selain itu, terdapat juga sistem Creative Runs yang memberikan anda kawalan atas pemain lain dalam pasukan anda untuk meletakkan mereka di posisi yang lebih strategik. Anda juga akan kagum dengan Natural Collision System yang mewujudkan tindak balas fizikal yang sangat realistik.

 

3. Buktikan anda jaguh bola sepak jalanan dalam mod Volta baharu

Volta Football diperkenalkan dalam FIFA 20 dan ia menjadi satu mod permainan yang diminati oleh ramai pemain FIFA. Untuk versi tahun ini, EA Sports memperkenalkan Featured Battles di mana pasukan bola sepak jalanan anda akan bersemuka dengan pemain-pemain hebat seperti Kaká dan penghias muka depan Kylian Mbappé.

Anda akan mengembara ke pelbagai tempat seperti Brazil dan Australia untuk bertempur dengan pasukan-pasukan lain. Mod ini juga boleh dimain secara multi-pemain untuk bekerjasama dan berlawan dengan pemain-pemain lain di luar sana.

 

4. Lebih daripada 30 liga rasmi, 700 pasukan, dan 17,000 pemain!

Antara sebab mengapa FIFA masih kekal sebagai siri permainan video bola sepak paling terkenal di dunia ialah kerana ia mempunyai hampir semua liga dan pasukan bola sepak yang diminati orang ramai. FIFA 21 merupakan satu-satunya permainan di mana pemain boleh mengakses bilangan pasukan dan pemain paling banyak.

Selain daripada liga-liga besar seperti UEFA Champions League, UEFA Europa League, CONMEBOL Libertadores, CONMEBOL Sudamericana, Premier League, Bundesliga, dan LaLiga Santander, anda juga akan bermain dengan kit dan logo terbaru berdasarkan versi sebenar setiap pasukan.

 

5. Upgrade percuma ke versi PS5

“Lagi sebulan PS5 nak keluar, takkan nak beli untuk PS4 dulu?” ialah sebuah persoalan yang semestinya bermain di fikiran mereka yang mahu membeli FIFA 21. Anda tidak perlu ragu-ragu dan beli sahaja kerana pemilik versi PS4 akan menerima kemaskini percuma ke versi PS5!

Jika anda membeli versi cakera optik, anda hanya perlu memasukkan cakera tersebut ke dalam pemacu cakera optik PS5. Untuk pembeli versi digital pula, anda hanya perlu pastikan anda menggunakan akaun PlayStation yang sama di PS5 anda.

 

Jadi tunggu apa lagi? Jom beli FIFA 21! Pemain PC boleh mendapatkannya di Steam dan pemain PS4 boleh membelinya di PlayStation StorePlayStation Store. Pemilik Nintendo Switch boleh membeli versi digital di Nintendo eShop.

RELATED NEWS

+