FIFA 21 akan dilancarkan pada 9 Oktober di PC, PS4, dan Xbox One

EA Sports akhirnya telah mendedahkan tarikh pelancaran judul FIFA seterusnya. FIFA 21 akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada 9 Oktober ini.

Pada waktu ini, tarikh pelancaran untuk versi PlayStation 5 (PS5) dan Xbox Series X belum diumumkan. Satu lagi pengumuman menarik ialah FIFA 21 akan dilancarkan di PC melalui Origin dan juga Steam.

Jika anda pra-tempah FIFA 21 Ultimate Edition atau Champions Edition, anda boleh mula main FIFA 21 pada tarikh yang lebih awal iaitu 6 Oktober. Percubaan percuma melalui EA Access dan Origin Access akan bermua pada 1 Oktober.

EA Sports juga telah memperkenalkan Dual Entitlement yang membolehkan pemilik FIFA 21 di PS4 dan Xbox One untuk menaiktaraf ke versi PS5 dan Xbox Series X secara percuma.

Untuk mengetahui bagaimana Dual Entitlement berfungsi, anda boleh rujuk laman web rasmi EA Sports.

Sumber: EA Sports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+